Thursday, January 27, 2011

Kalam Srikandi Islam...


"Hendaklah engkau menjadi seperti sepotong lilin, yang sentiasa menerangi dunia walaupun diri sendiri habis terbakar. Dan hendaklah engkau menjadi seperti sebiji jarum, yang sentiasa berbakti walaupun tidak memiliki apa-apa." -Rabi'ah Al-Adawiyah

Kalam Srikandi Islam
Rabi'ah Al-Adawiyah, menjelaskan kepada kita bahawa tersangatlah penting diri kita ini untuk agama Allah, gunakanlah sedaya yang mungkin pada diri kita untuk berbakti kepada agama Allah.
Marilah sama-sama kita menginfaqkan diri kita ke jalan Allah.

BunkCop

Thursday, January 13, 2011

Selamat Menyambut Hari Keputraan Sultan Kedah

Daulat Tuanku salah patik harap diampun,

Isnyallah, Ahad 16 Januari 2011 bersamaan 11 Safar 1432, hari Keputraan Sultan Abdul Halim Sultan Kedah, bunkcop mengucapkan semoga allah panjangkan umur serta dilimpahi berkat dan rahmat Allah kepada Sultan yang kita cintai, dengan ni genaplah umur tuanku Sultan Kedah 83 tahun yang telah berjaya memerintah negeri ini dengan selamat makmur aman dan sejahtera.

Sehubungan dengan itu pada tarikh yang sama seluruh pegawai perkhidmatan awan akan mendapat kelepasan am untuk bercuti pada hari tersebut bagi meraikan hari keputraan tuanku.
Untuk melihat jadual hari-hari pelepasan am boleh lihat dalam blog http://darikacamata-bunkcop.blogspot.com/

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Tinggal Facebook

Pesanan awal berkenaan tajuk : sekiranya berita yang aku terima ni tak terjadi, bukan bidang kuasa aku. Mungkin pemilik facebook tidak jadi untuk menutup facebook 15 mac akan datang.Aku sebagai penyampai ja bukan pelaksana.

Mungkin sudah ramai yang tahu, tarikh 15 mac tersebut akan menjadi sejarah buat semua yang mempunyai akaun dalam facebook. Bunkcop pun terkejut bila dapat tahu bahawa laman social yang paling terkenal seantero dunia akan menutup perkhidmatannya. Dari pengetahuan bunkcop pemilik facebook (Zuckerberg) menyatakan bahawa facebook telah mengubah hidupnya menjadi seorang selalu tertekan dan sibuk, beliau mahukan kehidupan beliau sebelumnya, hidup tanpa ada gangguan.


Beliau juga turut mengingatkan kita., agar menyimpan segala data yang telah di upload kedalam akaun facebook ketempat lain, kerana data akan luput serta merta setelah website itu tutup.


Bagi pandangan BunkCop, kebelakangan ini ramai sudah alim ulama yang menyatakan bahawa facebook banyak negetif dari positif dan bunkcop juga pernah terdengar ada yang mengatakan facebook ini haram, tapi jangan melatah awal, kerana pendapat beliau menerangkan bahawa sekiranya kita asyik melayan facebook sehingga lupa menunaikan yang wajib seperti solat dan ibadah-ibadah lain. Insyallah masalah itu akan selesai 15 mac ini.


Bagi bunkcop kemajuan ini sangat laju kita tidak menghalangnya melainkan kita menjinaknya sebaik mungkin facebook umpamanya, sekiranya kita menggunakan sebaik mungkin insyallah baik faedahnya.


Penaku

BunkCop

sumber lain :


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office,“and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet.You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.” Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.” Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news. “What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. ldquo;My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?” However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit.“Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.” Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise.Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe. “I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal informatAfter that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. sumber: http://zhuliana.blogspot.com/"

Tuesday, January 11, 2011

Puisi Pejungga Bermadah


*Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan..
* Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

* Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita
..hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku..

* kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai
..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan


* jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

* keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang

* sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

* zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah.. janganlah ada dendam kerana akan merosakkan hati..

* lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

* nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan

* jadilah ubi yg bertutup rapat...bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

* kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan...

* manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus...barulah ia bebas melayang...

Thursday, January 6, 2011

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL


Assalamualaikum..

Entri kali ini saya akan menghuraikan serba sedikit tentang matlamat utama sebagai pemuda pemudi islam. Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.


Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-


1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi

2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh

3) Usia yang tinggi idealisme yang luas

4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula

5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.


Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-


1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu

2) Generasi amal dan membina jama'iy

3) Generasi rabbani dan ikhlas

4) Generasi yang bernasabkan Islam

5) Generasi da'awah dan jihad

6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai

7) Generasi gagah dan agung

8) Generasi seimbang dan sederhana


Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:


1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam

dan keunggulannya

2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat

3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah

4) Fitnah ijazah dan pangkat

5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak


Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-


1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar

2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada

3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri

4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik

5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan

6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh

7) Perakui kejayaan anda

8) Tetap merendah diri

9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada

10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Apa yang penting disini, marilah kita mengukur diri kita , sejauh mana kita telah melaksanakan hukum-hukum Allah bermula dengan diri kita dahulu. dan yang paling penting... Selamat beramal..

Wallahu a`lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Buat Pengunjung Blog Ku Sekalian

iklaneka

lagu



Gratisan Musik

Template by:
Free Blog Templates